Saturday, November 21, 2009

Kerja Hari Sabtu !!!

Hari ni kerja lagi...boring sebenarnya kerja hari Sabtu ni coz bukannya ada apa nak buat pun .....kalau betul-betul memang banyak kerja yang perlu dibuat tapi malas la nak buat kerja..layan Fb lagi bagus..pastu dah boring kat FB , tulis la blog pula....

Nak tulis apa ya hari ni...nak cerita apa ya...owh nak cerita tentang zubair la...sian kat dia demam lagi...supposed hari rabu 18/11 hari tu kawan kami dari Perlis datang and kami sepatutnya jumpa dia hari Rabu malam tu tapi zubair demam la pula...teruk pula tu, tetiba saja...suhu 39++ ...sian kat dia panas gila badan dia...aku pergi la jenguk zubair...

Eosknya dan semalam zubair tetap dihantar kerumah mama...okla kalau hantar dia kat sini coz dia kalau ngan mama dia ada gak la nak makan...mama kata hari khamis tu dia makan nasi ngan lauk ketam..tapi biasa la sikit jer..anyway dia makan juga...and demamnya dah kurang sikit la....

Malam tadi dia dibawa ke An-Nur ambil ubat...Alhamdulillah hari ni dia dah nampak ok...tapi badan dia masih lagi suam-suam...dalam proses nak baik la tu...pagi ni dia mahu makan minta kat Ibu dia nak makan mee...so bihun goreng bodoh la dia dapat...ok la tu ...

Tadi zubair merajuk ngan Ibu dia ..bukannya apa adik dia tu..apa ja yang abang dia pegang semua dia nak, tak tahu la apa masalah adik dia ni memang sangat pendengki dan tamak...semua benda dia nak kat dia ja....ishk..ishk..ishk...harap-harap perangai dia ni tak la sampai tua....takut kalau perangai dia macam ni sampai tua tak ada sesapa pun nak kawan ngan dia...tapi rasanya ni cuma sementara...budak-budak memang macam tu.....

Ermm...mengantuk la pula...bestnya kalau boleh tidur....alangkah bahagianya kalau hari ni cuti...mesti aku tak bangun lagi ...huhuhu....!!!!

No comments: