Friday, November 6, 2009

Europe Tour - 12/10-24/10 2009

~Day 5- Zurich~

From Geneva kami bertolak ke Innsbruck tetapi kami kena transit kat Zurich...so sempatla keluar jap dari stesen keretapi dan jejak kaki kat Bandar Zurich ...tapi tak boleh la pergi jauh-jauh takut terlepas train ke Innsbruck la pula....


L'occitance Zurich....antara brand yang aku kenali dan ada kat Malaysia...




Pakaian tradisi Swiss....mahal nak mampus..!!!







kat coach 1st class dari Geneva ke Zurich...








Destinasi kami pada hari ke-5 adalah dari Geneva ke Innsbruck , tapi kami kena stop kat Zurich, so kami bertolak ke Zurich dengan menaiki ICT 719 bertolak jam 0845 pagi dan tukar train lain ke Innsbruck.....sempat la berposing kat Zurich dan beli souvenier....kat sini kami dinasihatkan menghabiskan swiss france kerana kat Innsbruck nanti kami akan menggunkan Euro kembali...so apalagi shopping sakan la sapa yang banyak lagi swiss france nya...cuma aku dah kering habiskan kat Geneva. Tengaharinya kami makan fish n chips and kawan aku Nor as usual makan nasi lauk sambal kering ikan bilis....

Kami bertolak ke Innsbruck jam 1340 dengan train TEC161, dan semasa dalam perjalanan inilah kami dapat menyaksikan pelbagai pemandangan indah gunung-gunung yang mula dilitupi salji dan menyaksikan sendiri salji berguguran turun...seperti kapas-kapas kecil terbang dibawa angin....so amazing bagi aku yang pertama kali melihat salji gugur didepan mata aku....

Alangkah indahnya pemandangan disepenjang perjalanan ini...kami tiba di Innsbruck pada jam 1721 petang...tapi suasana agak gelap sebab hujan turun kat Innsbruck ni...kami menaiki teksi ke hotel kami iaitu Tauterman Hotel yang terletak agak jauh dari stesen keretapi...

Malamnya kami menjelajah Innsbruck......

No comments: