Friday, September 17, 2010

Raya 2010

Salam Lebaran .....sesungguhnya kita telah selamat melalui satu bulan kemulian Ramadhan yang takkan sama dengan tahun sebelumnya dan tahun berikutnya...Diharap Ramadhan yang telah berlalu telah berjaya aku manfaatkan sepenuhnya...dan semoga segala ibadah yang telah dilakukan diterima oleh Allah ....
Amatlah diharapkan semoga akan bertemu kembali Ramadhan seterusnya agar kita dapat terus beribadah kepadaNya.....
Syawal menjelang dengan penuh bermakna namun tahun ini sinarnya tidak dapat menerangi hati kami sekeluarga yang masih terasa akan kehilangan "abang" yang teristimewa....sunyi pagi syawal amat dirasai kerana selalunya beliaulah yang paling sibuk menyambut kedatangan syawal....sibuk bersiap dengan baju serba baru dan sibuk hendak kemasjid menunaikan solah sunat Aidil Fitri tapi tahun ini tiada lagi....
"Abang" pergi mu amat dirasai....tangisan hiba Ibu mengenangkanmu dipagi syawal amat memilukan...kakakmu ini tidak mampu menjadi galang-gantimu adikku....bersemadilah kau dengan aman dan nantikanlah kami disana kerna setiap yang hidup pasti akan mati dan insyaAllah kita akan bertemu kembali....dan kita akan bersama selama-lamanya dialam yang kekal abadi....

inilah aku yang semakin tembam ....

my family missing 1 and added 1.....without my beloved brother Mohd Khairil Aswad......and new additions to the family my sister in-law Nang Nurazmira...without Eisya and my brother in-law !


Me, my sister, my dad and my mum....!!!


my brothers ...Effendy and Anuar with mum and dad !

My uncle family aka my neighbour with my parents...!!!

Wednesday, May 12, 2010

Pergi buat selamanya....

Tanggal 5 May 2010 jam 2.45 ptg adikku yang teristimewa Mohd Khairil Aswad bin Khairuddin telah pergi buat selamanya. Hari ini genap tujuh hari dia telah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya. Pergi yang tak akan kembali lagi....hanya Allah yang tahu betapa aku terasa sangat akan kehilangannya...betapa aku amat merinduinya....
Ya Allah tabahkanlah hati kedua ibu bapaku untuk menghadapi kehilangan ini...Jadikanlah kami manusia yang sentiasa redha atas qada' dan qadarMu ya Allah.
Semoga adikku bersemadi dengan aman di Alam Barzah dan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah...mungkin perginya adalah untuk kebaikan semua kerna dia pergi ke tempat yang lebih baik dari dunia ini yang sentiasa kejam kepada insan -insan yang istimewa sepertinya....
Tiada lagi gelak tawanya, tiada lagi kedegilannya .....adikku sesungguhnya maafkanlah kakakmu ini atas segala apa jua yang pernah aku lakukan atau aku sakitkan hatimu....adikku bersemadilah dengan tenang disana....bahagialah kau di sana....kami relakan pemergianmu adikku................

Thursday, April 8, 2010

kenangan terindah.....







Miss My Blog....

It has been quite long that I didn't even open my blog...I've been busy...Is it true...no la...actually I feel really malas nak tulis kat my blog ni...

Argh.....apa nak buat ni...mana booking ni......