Thursday, October 29, 2009

Europe Tour - 12/10-24/10 2009

~Day 3~

From St Pancreas International to Paris...kami menaiki Eurostar yang kalau selalunya kita asyik melihat dalam travel magazine ja...so akhirnya merasa juga menaikinya..bukanlah hebat sangat seperti yang digembar-gemburkan setakat elok sedikit dari keretapi Senandung Malam dari Singapura ke Bukit Kayu Hitam...apapun itulah pengangkutan yang paling mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di Eropah. Kami menaiki Eurostar jam 0830 pagi waktu London dan mengambil masa lebih kurang 4 jam atau kurang ....coz kami tiba di Paris jam 1200 tengahari waktu Paris.











...continue journey of Day 3 dengan perjalanan yang memenatkan....

Europe Tour - 12/10-24/10 2009

~Day 2-continued...~
















Melewati sekitar London membawa kami berhenti di Buckingham Palace, kononnya nak tengok changing of guard tapi sadly hari kami pergi tu tak ada ....esoknya baru ada. Apapun setelah kami mengambil gambar kami pun dengan gembiranya nak beli souvenier la kat Queens Gallery. So ramai-ramai la masuk kat situ.

Tragedi Oktober memang sentiasa terjadi....kesian kakak dua orang ni, kehilangan duit kat Queens Gallery kena copek ngan penyeluk saku. Seorang tu kehilangan 1000 pound sterling dan 500 euro (all the money that she bring) , yang sorang lagi pula kehilangan 460 pound. Kes ni buat kami semua hilang mood nak gi shopping pun dah tak best.

Nasib baik one of group member tu bawa banyak duit so dia pinjamkan 500 euro kat kakak yang hilang semua duit dia tu. Dari sini kami pergi Bayswater...kat sini ada banyak souvenier shop own by Indian ...boleh la tawar-menawar. Apapun masa ni kami memang tengah sedih so tak beli apa-apa sangat la just a few things jer.

Lepas shopping here and there kami semua beredar ke Kensington Garden dimana kat sini terletaknya istana yang dahulunya didiami oleh Lady Diana selepas beliau bercerai dengan Prince Charles. Masa kat Kensington Garden ni kami punya tour leader kononnya nak bawa kami terus gi istana tu buat macam dia tahu semua jalan, she lead us to explore the whole garden sampai kami berpusing-pusing and lastly end up kat hujung garden tapi istana yang dicari tak jumpa-jumpa, sampai sakit kaki kami.

Apa lagi kami pun kena la tengok map. After that baru la jumpa istana tu....but semua orang dah tak ada mood nak masuk coz sakit kaki dan letih sangat.

Dari Kensington Garden kami pergi kat Oxford Streets. Kat sini kami gi shopping kat Primark. MasyaAllah rami gila orang kat Primark ni....tak macam Primark yang last time aku pergi..kat Kilburn (tempat ni kecil dan mudah nak shopping ).

Kami semua diberi masa kononnya 2 jam nak shopping kat Oxford Street ni la dan diberi instruction suruh berkumpul kat Selfridges iaitu sebuah "high end" shopping complex. Ala macam KLCC or Pavillion la. So kami pun shopping la tapi keletihan berjalan kat Kensington Garden tu masih terasa.

Aku memang tahu mana letaknya Selfridges tu tapi group member yang lain boleh dikatakan tak tahu langsung apa itu Selfridges. Aku awal-awal lagi dah sampai kat situ (on time la katakan). Kesian sorang kakak tu tersesat sampai aku kena pergi cari dia....tapi tak habis lagi... masalah ...tour leader kami ni sebenarnya jalan nak balik rumah pun tak tahu. Patutnya dia suruh kami berkumpul balik kat tempat kami turun dari bas...tapi suruh tunggu kat tempat yang tak sepatutnya. So kami kena jalan lagi..patah balik kat tempat tadi yang berdekatan ngan Primark. Punya la penat semua orang hampir mengamuk.

Keletihan dan kelaparan ditambah lagi dengan sakit kaki dan sakit hati. Naik bas dan turun bas ...tapi tak sampai-sampai rumah lagi.Nasib aku baik coz masa kat Bayswater tu kami ada beli kebab ....dia orang semua dah makan tapi aku tak makan lagi ...so dalam bas aku pun balun la kebab ni. Sampai balik rumah kami dijamu makan malam...ikan bakar(sea bream) cicah air asam kedah style. Aku apa lagi makan la lagi..walau masih kenyang namun pulun la juga...

Esoknya...to be continued....

Wednesday, October 28, 2009

Europe Tour - 12/10-24/10 2009

~DAY 1 & 2~

Hai ....lama kan aku tak menulis apa-apa dalam blog ni. Bukannya tak ada masa cuma tak cukup rajin.....Insyaallah aku akan mula menulis semula dari semasa ke semasa.

Actually aku nak cerita tentang tour aku ke Europe. Bukanlah semua negara Europe aku pergi just a few .... aku pergi London, Paris, Geneva, Zurich, Innsbruck, Salzburg, dan Scotland.





Tour aku start dari 12hb October, flight 1600 from LCCT (naik Air Asia jer murah sikit)...sampai kat Stansted Airport London lebih kurang pukul 2300 waktu London la. Kami disambut oleh Kak Irah tuan punya bilik yang kami sewa di London (Kak Irah ni menyediakan bilik-bilik di rumah beliau untuk disewakan mengikut kadar yang agak rendah). Kami dibawa kerumah beliau dan dihidangkan makan malam sebelum semua orang masuk tidur.

Hari kedua 13hb October, kami bangun awal...hari kedua ni kami akan melawat Kota London sambil bershopping. Mulanya kami melawat tempat dimana waktu bermula. Garisan Greenwich 0000hrs. Banyak juga la gambar-gambar yang kami ambil kat sini.











Lepas gi Greenwich ni kami terus melawat kota London melalui Tower Bridge, pastu terus ke persisir Sungai Thames...ambik gambar kat tepi Sungai tu jer..malas nak naik river cruise. Kami melalui Trafalgar Square, Big Ben, Wesminster Abbey, parliament Square dan terus ke Buckingham Palace.








......to be continued !!!