Wednesday, October 28, 2009

Europe Tour - 12/10-24/10 2009

~DAY 1 & 2~

Hai ....lama kan aku tak menulis apa-apa dalam blog ni. Bukannya tak ada masa cuma tak cukup rajin.....Insyaallah aku akan mula menulis semula dari semasa ke semasa.

Actually aku nak cerita tentang tour aku ke Europe. Bukanlah semua negara Europe aku pergi just a few .... aku pergi London, Paris, Geneva, Zurich, Innsbruck, Salzburg, dan Scotland.





Tour aku start dari 12hb October, flight 1600 from LCCT (naik Air Asia jer murah sikit)...sampai kat Stansted Airport London lebih kurang pukul 2300 waktu London la. Kami disambut oleh Kak Irah tuan punya bilik yang kami sewa di London (Kak Irah ni menyediakan bilik-bilik di rumah beliau untuk disewakan mengikut kadar yang agak rendah). Kami dibawa kerumah beliau dan dihidangkan makan malam sebelum semua orang masuk tidur.

Hari kedua 13hb October, kami bangun awal...hari kedua ni kami akan melawat Kota London sambil bershopping. Mulanya kami melawat tempat dimana waktu bermula. Garisan Greenwich 0000hrs. Banyak juga la gambar-gambar yang kami ambil kat sini.











Lepas gi Greenwich ni kami terus melawat kota London melalui Tower Bridge, pastu terus ke persisir Sungai Thames...ambik gambar kat tepi Sungai tu jer..malas nak naik river cruise. Kami melalui Trafalgar Square, Big Ben, Wesminster Abbey, parliament Square dan terus ke Buckingham Palace.








......to be continued !!!

No comments: