Hari ini kami melawat kota London sekali lagi....paginya kami bertolak ke car boot sale yang diadakan pada setiap hujung minggu di pinggir bandar London. Disini banyak terdapat barang-barang yang dijual pada harga yang sangat murah. Ada barang baru dan ada yang terpakai. Terpulang kepada kita untuk bijak memilih barang yang sesuai dengan kehendak kita. Best juga la coz kat sini kita boleh dapat barang yang jarang terdapat kat tempat lain macam barang-barang antik.
Selepas selesai bershopping disini kami mengambil peluang melawat Madan Tussaud..muzium patung lilin yang terkenal di Kota London...ini adalah buat kali kedua aku melawat muzium ini...ada banyak penambahan dan perubahan yang berlaku pada patung-patung di muzium ini. Aku paling suka coz kali ini aku dapat bergambar dengan aksi yang aku suka tanpa ada rasa malu kat bos macam kali pertama aku pergi dahulu....
Bestnya aku dapat peluk Salman Khan.....tak kisah la walau hanya patungnya sahaja...huhuhu....
Kami juga berkesempatan untuk melawat Malaysia Hall dimana kebetulan pada masa kami sampai disana diadakan majlis sambutan AidilFitri untuk pelajar dan rakyat Malaysia disana...Alhamdulillah rezeki kami dapat merasa nasi impit kuah kacang dibumi asing....

No comments:
Post a Comment