Dari Paris kami bertolak ke Geneva....dari Gare Du Lyon ke Geneva Rail City....train kami dari Lyon mengalami kelewatan disebabkan masalah rail...jadi kami yang sepatutnya bertolak dari Lyon jam 0710 am menaiki TGL 6561 tetapi bertolak lebih kurang jam 0840 am ...so kami tiba gi Geneva agak lewat hampir ke waktu tengahari....
Semasa kami tiba di Geneva cuacanya agak sejuk berbanding Paris ...kami mengambil masa dan bertanya sekeliling sebelum mula bergerak menuju ke hotel....kami tidak lagi tergesa-gesa seperti di Paris. Alhamdulillah ...hotel kami terletak cuma 10 minit dari Rail City....kedatangan kami memang dinantikan oleh pengurus hotel tersebut. Nak cerita sikit pasal hotel St Gervais ni memang sangat unik ...1 tingkat cuma ada 3 bilik dan bilik airnya terletak diluar so we have to share the bathroom with the others...interestingkan !!! oppss liftnya pula cuma boleh muat 2 orang 1 trip......
Kami terus check-in ke hotel, sembahyang dan berehat sekejap...makan tengahari dengan maggie sebelum keluar berjalan-jalan disekitar bandar Geneva....seronok dan aman damai....itulah yang boleh digambarkan tentang Geneva....bandarnya terdiri dari dua bahagian iaitu bandar lama dan bandar baru yang dihubungkan dengam trem dan bas yang semuanya menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan dikelilingi oleh tasik Geneva yang amat biru dan tenag airnya . Amazing...trem dan bas...bersimpang-siur melewati satu sama lain tetapi tidak berlaku percanggahan......
Kami mengambil peluang menaiki trem dan bas melewati kedua-dua bandar...bersiar-siar di tepian tasik Geneva yang sambil ditiup oleh angin yang kuat dan sejuk......Geneva adalah sebuah bandar yang kos sara hidupnya amat tinggi...Swiss amat berbangga dengan Swiss Francenya so mereka masih menggunakan swiss france sebagai matawang utama, walaubagaimanapun Euro tetap diterima....Bandar Geneva yang aman dan comel membuatkan aku ingin kesana lagi...1 hari yang dilalui tidak cukup rasanya....ingin tinggal disitu dengan lebih lama....insyaAllah jika diizinkanNya aku akan ke Geneva lagi kerana aku langsung tak terasa asing bila berada dibumi itu....
.......... to be continued with day 5
No comments:
Post a Comment