Selepas York destinasi kami yang seterusnya adalah Edinburgh....perjalanan ke edinburgh adalah yang paling menyeronokkan dan pemandangan yang dilalui adalah yang paling cantik dan sukar dilupai....sepanjang perjalanan ladang-ladang ternaknya dipenuhi dengan kambing-kambing yang comel sangat...muka hitam...lembu tompok hitam putih disana sini...kuda-kudanya pula siap berbaju...comel dan cute sangat...
Aku tak akan melupakan pemandangan-pemandangan indah ini sepanjang hidupku kerana ianya membuat seolah-olah aku berada dalam permainan Farmville....semua peralatan, mesin, binatang dan segalanya sama dan serupa....
Tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata betapa indahnya pemandangan disepanjang perjalanan ini... indahnya kurnian Tuhan buat bumi mereka sehingga kita terpanggil untuk pergi melawati keindahan tersebut. Merah dan kuning memenuhi ruang memukau mata yang memandang.....

Dalam perjalanan ini juga kami singgah Hadrian Wall dimana tempok ini memisahkan sempadan antara Scotland dan England dan kami juga singgah di Jedburgh dimana kami dapat melihat castle yang usang dan ditinggalkan...cantik dan terpegun dengan keindahan semulajadi tempat ini.
Tapi ada satu perkara yang amat melucukan dan sukar juga untuk aku lupakan...hotel tempat penginapan kami....Ellersly Hotel ini telah kami tempah lama sebelum kami bertolak ke sini...malangnya semasa kami sampai hotel ini telah diistiharkan bankrup....so apa lagi terkejut biawak la kami semua...yang bestnya orang putih ni dia orang tak lepas tangan...
Rheon ex -manager hotel ni sanggup datang semula ke hotel dan menolong kami mendapatkan hotel yang baru...kami dapat menempah hotel yang sama harganya dengan hotel sebelumnya cuma perlu tambah beberapa pound...Alhamdulillah nasib kami masih baik....
Kami akhirnya bermalam dihotel ditengah-tengah bandar Edinburgh yang terletak betul-betul disempadan yang memisahkan bandar lama dan bandar baru Edinburgh...hotel inipun kami jumpai setelah berpusing-pusing ketempat yang sama berkali-kali....
Aku sempat keluar pada malamnya berjalan-jalan disekitar hotel dan kawasan sekelilingnya.....terdapat banyak perpustakaan yang dibuka hingga malam....bandar ini agak aman dan cantik dengan bangunannya yang unik...esoknya kami melawat Ediburgh castle dan membeli souvenier disana...
Di Edinburgh kami juga sempat membeli-belah di kedai yang murah harganya dan kedai ini di selenggara oleh NGO....ia dipanggil "charity shop"....
Selepas Edinburgh kami ke Liverpool.......LFC here i come !!!!
No comments:
Post a Comment