Saturday, August 9, 2008

Mari Belajar Mengaji....




Hari ini kami belajar mengaji Al-Quran...Ustaz Hakim mengajar kami membaca Al Fatihah dengan sebutan yang betul...memang kelakar kerana umur dah menjangkau 32 tahun tetapi nauzubillah sesetengah sebutan didalam Al Fatihah masih tidak betul-betul seperti sebutan yang sepatutnya dibaca...

Alhamdullillah dengan bantuan Ustaz Hakim insyaallah......sebutan itu dapat diperbetulkan sedikit demi sedikit dan insyaallah akan diperbetulkan semuanya...!!!

Demi memperbetulkan dan mengaji Al-Quran dengan betul kami sebulat suara meminta Ustaz Hakim mengajar kami belajar semula Muqaddam mulai minggu-minggu seterusnya...

Harapan kami dapatlah kiranya kami belajar mengaji Al-Quran dengan betul dan khatam Al-Quran dalam masa yang terdekat...jika diizinkan Allah...!!!

Doakan kami mampu meneruskan pengajian kami dan Ustaz Hakim dapat bersabar mengajar kami sehingga kami pandai...AMIN....!!!

No comments: