Adakah aku kejam menghukummu atas kesalahan yang tidak dilakukanmu...aku tahu salah satu sebab kamu pergi adalah kerana kamu ingin melarikan diri dari situasi ini...namun aku tak terdaya untuk menerima penjelasanmu...kamu tahu aku tak mungkin akan membuang kamu dari hidupku, tapi hatiku berkecamuk, jiwaku parah ...kepercayaanku berkecai...kamu katakan kamu tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan ini tetapi.. kenapa kamu masuk campur dalam hal STRIDE...kenapa kamu cuba menyelesaikan masalah yang kamu sendiri tidak tahu dimana ianya bermula. Sesungguhnya tindakanmu itu yang mengecewakanku...bukannya kerana kamu bersamanya...
Kuharap kamu faham kenapa aku menjadi begini...bukannya aku tak sayang atau aku ingin membuang kamu dari hidupku dan aku tak mungkin melakukannya kerna kamu sebahagian dari hidupku..namun pertelingkahan ini bukan aku yang memulakan tetapi aku yang dihentam...aku yang menjadi mangsa...aku yang tersepit...mungkin TUHAN ingin mengujiku..namun aku tak terdaya lagi menjadi mangsa keadaan dan menjadi mangsa perang dingin ini...
Aku telah cuba kuatkan semangatku menghadapi perjuangan ini kerana aku tahu kamu sentiasa disisiku namun tindakanmu membuat aku keliru dimana letaknya nilai persahabatan ini. ..aku kecewa..teramat sangat....namun aku gagahi untuk terus berjuang kerana aku harus pertahankan maruahku...aku harus pertahankan diriku dari terus dipijak dan dihina sebegini....
Aku tidak mahu kamu memusuhi semua yang bermusuh denganku cuma tolonglah letakkan dirimu ditempatku tentu kamu faham kenapa aku jadi begini....kenapa aku menjadi kurang rasional...menghukummu atas kesalahan yang tidak kamu lakukan...namun tindakanmu menjadi racun yang menyiksa jiwanya dan menyesakkan fikiranku....
Fahamilah aku wahai sahabatku kerana seperti tulisanmu seorang sahabat dapat menyambung lirik yang dinyanyikan oleh sahabatnya....aku cuma mohon kamu jadi seperti itu.....fahamilah kenapa aku jadi begini....kerana sesungguhnya aku amat, amat menyayangi kamu...!!
No comments:
Post a Comment